

Accessibility Tools

SHAH ALAM, 30 Disember 2025 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, PKPjB Dato’ Wan Md Razali Wan Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara JBPM Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor, khususnya dalam aspek kerjasama keselamatan, pengurusan bencana serta penyelarasan operasi kecemasan. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan, termasuk pemadaman kebakaran, operasi menyelamat serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang insiden kecemasan demi kesejahteraan masyarakat Negeri Selangor.
Selain itu, pertemuan ini juga menjadi platform penyelarasan tindak balas dan komitmen kerjasama berterusan antara agensi keselamatan dalam memastikan keberkesanan operasi di lapangan, khususnya melibatkan insiden berskala besar dan bencana. JBPM Negeri Selangor turut diwakili oleh PgKB I Ahmad Mukhlis Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat PgKB II Mohd Fadhil Yusof, PgKB II Halif bin Mohd Khir Juhari, Ketua Cawangan Perakuan Bangunan Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Pegawai Perhubungan Awam, PgB Mohd Nazrullah Abdul Aziz.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan; wakil Ketua Jabatan Pengurusan Selangor, ACP Somu a/l Subramaniam; wakil Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, ACP Fazidah Mohd Yusoff; wakil Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor, Supt. Mohd Fahmi Sumali; Pegawai Turus Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi Selangor, DSP Khairul Anuar Alwi.
Kunjungan ini diharap dapat terus memperkukuhkan sinergi antara JBPM dan PDRM dalam memastikan keselamatan awam serta kesiapsiagaan berterusan demi kepentingan rakyat dan negeri.




