Untuk memastikan khidmatan operasi yang cekap, berkesan dan sistematik bagi melindungi nyawa dan kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang.
Kami komited di dalam merangka, menyusun dan melaksanakan strategi untuk memberikan khidmat operasi kebombaan yang berkualiti bagi melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar.
Untuk memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang professional dan berkualiti bagi mengelakkan ancaman kepada nyawa dan membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang
Komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan kepada semua lapisan masyarakat dengan cekap dan berkesan. Dengan itu kami berjanji akan :
Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari mula loceng dibunyikan.
Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
Kami juga berjanji akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan agar dapar memberikan perkhidmatan yang cemerlang setiap masa.