

Alat Kebolehcapaian
Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kami sentiasa bersiap sedia untuk bertindak pantas dalam setiap insiden kecemasan kebakaran, penyelamatan, dan bencana.
Dalam menghadapi cabaran pembangunan dan risiko bencana yang semakin kompleks, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus komited memperkukuh keupayaan perkhidmatan kebakaran, penyelamatan dan pengurusan bencana demi keselamatan rakyat dan negara.
JBPM sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan melalui pembestarian aset, peningkatan kemahiran anggota serta penggunaan teknologi terkini agar tindakan dapat dilaksanakan secara pantas, cekap dan berkesan. Kerjasama erat bersama agensi lain, sektor swasta dan masyarakat turut diperkukuh bagi membudayakan keselamatan awam.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JBPM atas dedikasi dan komitmen bertugas dalam melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan profesionalisme.
"Berkhidmat Untuk Masyarakat"
