Accessibility Tools

LOGO BOMBA

logo right

MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DIKENANG JBPM NEGERI SELANGOR 2025 RAIKAN SUMBANGAN WARGA BOMBA CEMERLANG

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 1

 

MAJLIS APRESIASI DAN JASAMU DIKENANG JBPM NEGERI SELANGOR 2025 RAIKAN SUMBANGAN WARGA BOMBA CEMERLANG

 

Shah Alam, 7 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Apresiasi dan Jasamu Dikenang JBPM Negeri Selangor 2025 bagi menghargai komitmen, pengorbanan serta kecemerlangan warga jabatan sepanjang tahun 2025.

 

Majlis ini bertujuan mengiktiraf jasa semua pegawai dan anggota yang telah menunjukkan iltizam tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan penyelamatan, pencegahan kebakaran serta kesiapsiagaan operasi yang berimpak tinggi kepada masyarakat di seluruh negeri Selangor. Selain itu, majlis turut meraikan pelbagai pencapaian cemerlang yang direkodkan JBPM Selangor sepanjang tahun 2025.

 

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan isteri, serta YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama isteri. Kehadiran kepimpinan utama negeri dan jabatan mencerminkan penghargaan terhadap peranan JBPM sebagai barisan hadapan yang sentiasa komited melindungi nyawa dan harta benda.

 

Turut sama memeriahkan majlis ialah Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai, pegawai kanan jabatan serta warga JBPM Negeri Selangor. Sebagai tanda penghargaan berterusan, majlis ini juga memberi penghargaan kepada pegawai yang bersara dan bertukar keluar pada tahun 2025, atas khidmat bakti serta sumbangan mereka sepanjang tempoh berkhidmat.

 

Penganjuran majlis apresiasi ini diharap dapat terus menyuntik semangat, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta mengangkat martabat JBPM Selangor sebagai organisasi yang profesional, cekap dan mesra rakyat.

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 2

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 3

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 4

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 5

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 6

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 7

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 8

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 9

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 10

 

majlis apresiasi dan jasamu dikenang JBPM 2025 11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499