

Accessibility Tools

Balai Bomba dan Penyelamat Puchong berbesar hati menerima lawatan dari YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad Ketua Pengarah JBPM. Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan daripada Syarikat Steel Recon Industri (SRI) kepada YAS Dato’ Sri berkenaan Community Fire Learning Centre (CFLC) yang bakal diwujudkan di Balai Bomba dan Penyelamat Puchong.
Seusai sesi penerangan berkaitan Comunity Fire Learning Centre YAS Dato’ Sri diberikan taklimat oleh Ketua Balai berkaitan keadaan terkini balai. Seterusnya program diteruskan dengan ucapan YAS Dato’ Sri. Dalam ucapan beliau YAS Dato’ Sri menekankan aspek PROFESIONALISME dikalangan pegawai bomba. Diharapkan dengan lawatan YAS Dato’ Sri ke Balai Bomba dan Penyelamat Puchong ini dapat meningkatkan lagi semangat pegawai untuk menempuhi tahun 2026.
Turut hadir PgKB | Ahmad Mukhlis bin
Mukhtar Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Selangor, PgKB I Jasni bin Yusof Pengurusan Operasi
Kebombaan JBPM, PgKB | Amram bin Jaya Ketua Zon 2 Petaling, Tuan Aanan Chan Pengarah Jualan dan
Pemasaran Malaysia SRI, Ainatul Insyirah binti
Zainudin Eksekutif Perkembangan
Perniagaan SRI, Pegawai-pegawai dan Ketua-ketua balai Zon 2.