

Accessibility Tools

Bukit Jelutong, 12 Jun 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tuan Haji Mohd Ariffin bin Idris, Pengurus Besar dan Ketua Aliran Shah Alam, bersama Pegawai Prasarana Malaysia Berhad.
Sesi perjumpaan berlangsung di Bilik Mesyuarat Dahlia, Tingkat 1, Ibu Pejabat, JBPM Negeri Selangor bertukar-tukar pandangan dan perbincangan tentang keselamatan kebakaran dan penyelamatan di stesen MRT Aliran Shah Alam.
Turut hadiri PgKB I Razali bin Mohd Nasir Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Amiruddin Shukri bin Omar, Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan Bangunan dan Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.
Sesi diakhiri dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ariffin bin Idris, Pengurus Besar dan Ketua Aliran Shah Alam menandatangani buku lawatan, pertukaran cenderahati dan sesi bergambar kenangan bersama pegawai yang terlibat.