

Accessibility Tools

Bukit Jelutong, 12 Jun 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah menerima Kunjung Hormat daripada Airport Fire and Rescue Service (AFRS).
Sesi perjumpaan tersebut diadakan di Tingkat 1, Bilik Mesyuarat Dahlia, JBPM Negeri Selangor. Kunjung Hormat dan Libat Urus ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan antara kedua-dua agensi sebagai rakan strategik. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah fokus terhadap koordinasi bantuan kecemasan, latihan bersama (joint drills), serta penyelarasan Pelan Tindakan Kecemasan Lapangan Terbang (Airport Emergency Plan – AEP) bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan dan kawasan sekitar sentiasa berada di tahap tertinggi.
Turut hadir bersama adalah PgKB I Razali bin Mohd Nasir, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, PgKB II Mohd Fadzil bin Yusoff, Penolong Pengarah Bahagian Latihan, dan PgKB I Ahmad Zaidi bin Safuan, Ketua Zon 1 serta pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor.
Sebelum program berakhir, telah menandatangani buku lawatan, diikuti dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar kenangan bersama Pengarah serta Pegawai Kanan JBPM Negeri Selangor.