

Accessibility Tools
Semua permohonan perakuan pelan bangunan dan pelan mekanikal & elektrikal hendaklah dikemukakan melalui Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dimana projek itu dibina. Para perunding boleh merujuk kepada Jadual Kategori Pemprosesan bagi mengemukakan permohonan kepada OSC yang berkaitan.
Para perunding hendaklah mengemukakan surat permohonan rasmi dan mematuhi Senarai Semak Keperluan Mengemukakan Pelan Teknikal (pelan bangunan dan pelan M&E) semasa mengemukakan pelan-pelan. Seterusnya, kedua-dua pelan akan diedarkan oleh OSC ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengikut Jadual Kategori Pemprosesan.
JBPM akan memberi ulasan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan kepada PBT dan seterusnya mengeluarkan surat pelepasan.