Merancang dan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar serta meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan kesedaran awam.
Dengan itu kami berjanji akan:
- Mengeluarkan jentera bomba pertama ke tempat kecemasan dalam tempoh 60 saat dari masa terima panggilan di bilik kawalan.
- Menyiapkan laporan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima semua maklumat dan dokumen yang diperlukan dari pemohon.
- Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan (CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diuji baik dan disempurnakan.
- Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.
- Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
- Memproses permohonan pembaharuan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
- Mengeluarkan Notis Penghapusan Bahaya Kebakaran dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh akhir pemeriksaan dibuat sekiranya terdapat bahaya kebakaran.
- Melengkapkan kertas penyiasatan kebakaran dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penyiasatan kebakaran dimulakan.
- Menyiapkan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh aduan diterima.