

Accessibility Tools
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyertai Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perpaduan Negara bersempena Perhimpunan Bulanan bagi Februari 2026 yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.
YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad,Ketua Pengarah JBPM bersama pegawai-pegawai JBPM telah mengikuti perjumpaan tersebut secara dalam talian sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan jabatan terhadap agenda perpaduan nasional serta pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam.
Perkongsian amanat dan hala tuju yang disampaikan menjadi panduan penting dalam memperkasa peranan agensi kerajaan, khususnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.