Accessibility Tools

LOGO BOMBA

logo right

slideimg.jpg
previous arrow
next arrow

PENIPUAN (SCAMMER) BERKAITAN PEMBEKALAN MAKANAN KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI JOHOR

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor telah menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan berkaitan penipuan tawaran pembekalan makanan bermasak di beberapa buah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri Johor.Modus operandi scammer adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak bagi sesuatu majlis/program di BBP, dalam tempoh yang singkat serta secara kontrak selama setahun dengan suatu nilai tertentu. Scammer tersebut juga turut memohon bantuan pembekal untuk memberi sejumlah wang tertentu bagi tujuan pembelian cenderahati (goodies). Pembayaran perlu dibuat kepada pihak ketiga yang juga merupakan rakan kepada scammer tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, scammer tersebut telah menyekat panggilan daripada pihak pembekal makanan berkaitan. Oleh itu, JBPM Negeri Johor menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan modus operandi tersebut. Sekiranya ada menerima tawaran berkaitan kerja-kerja membekal makanan bermasak atau apa-apa tawaran kerja yang diragui melibatkan JBPM Negeri Johor hendaklah menghubungi jabatan ini atau balai bomba berkaitan untuk pengesahan. Orang awam atau pembekal makanan yang telah menjadi mangsa kepada penipuan tersebut dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera bagi tindakan selanjutnya.

 

SCAMMER

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499