Pihak JPA telah memberi kelonggaran syarat pelaksanaan bagi TBK2 pegawai bomba di mana pelaksanaan TBK2 ini berdasarkan tiga (3) kategori, iaitu :
Kategori 1: pegawai telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun di gred KB22 (pegawai dinaikkan pangkat ke Gred KB22 pada tahun 2006 dan sebelumnya).
– Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke gred KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26(TBK2) sehari selepas dinaikkan pangkat ke gred KB24 iaitu 2.1.2018
Kategori 2: Pegawai berada di gred KB22 selama 12 tahun (pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 pada tahun 2007)
Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke gred KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26(TBK2) selepas mengenapkan 13 tahun tempoh perkhidmatan daripada tarikh dinaikkan pangkat ke gred KB22
Kategori 3: Pegawai berada di gred KB22 selama 12 tahun (pegawai yang dinaikkan pangkat ke gred KB22 pada tahun 2008 hingga 2012)
– Pegawai akan mendapat kenaikan pangkat ke KB24(KUP) mulai 1.1.2018 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke gred KB26 selepas genap 7 tahun di gred KB24