Untuk makluman, pihak pengeluar/pengedar hendaklah mengemukakan permohonan memperbaharui sijil selewat-lewatnya sebelum/pada 1 bulan dari tarikh luput sijil yang sedia ada.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar maklumat seperti berikut:-
1. Surat permohonan rasmi daripada syarikat;
2. Salinan sijil terdahulu bersama Lampiran A1;
3. Sijil Kawalan Kualiti Produk serti SIRIM atau Badan persijilan Luar Negara
– Mana-mana Sijil Kawalan Kualiti Produk yang diperolehi daripada luar negara hendaklah diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah tempatan dan mengemukakan Borang AM80;
4. Senarai lengkap projek sepanjang tempoh sah sijil tersebut; dan
5. Menjalankan pemeriksaan bagi penilaian semula keatas produk serta mengadakan ‘Product Functional Demonstration’ jika terdapat keperluan.
Permohonan hendaklah di hantar ke alamat berikut :
Pengarah,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK),
Lengkuk Teknologi, Kawasan Perindustrian Bandar Enstek,
71760 Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
(u.p : YS PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah)
Pertanyaan lanjut sila berhubung melalui talian telefon atau email :
Tel : 06-799 7600
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.