

Alat Kebolehcapaian
Tugas-tugas dan cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia merangkumi pelbagai bidang operasi penyelamatan, pemadaman, kecemasan dan siasatan.
Berikut merupakan langkah-langkah utama dalam proses pengambilan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Calon mengisi dan menghantar borang permohonan melalui sistem SPA.
Calon yang layak akan menerima surat tawaran untuk menghadiri temuduga.
Calon menghadiri ujian praktikal atau fizikal mengikut keperluan jawatan.
Calon menghadiri sesi temuduga bersama panel penilai yang dilantik.
Calon yang berjaya akan menerima surat tawaran pelantikan rasmi.
Calon melapor diri di jabatan atau agensi yang telah ditetapkan.
Calon mengikuti latihan rekrut atau latihan asas mengikut skim perkhidmatan.
Calon menamatkan latihan dan bersedia menjalankan tugas rasmi.
Calon-calon hendaklah mengisi surat akuan lepas tanggungan sebelum menjalankan sebarang ujian. Calon-calon juga dikehendaki menjalani ujian ketahanan fizikal seperti yang telah ditetapkan.
Tidak kurang dari 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa memakai sepatu.
Tidak kurang dari 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita tanpa memakai baju bagi lelaki dan sepatu/kasut getah.
Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas. Wanita dikecualikan.
Ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9. Jarak carta dengan calon adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.
Calon akan menjalani ujian pengecaman warna terhadap semua warna yang telah ditetapkan.
Calon perlu menjalani ujian pendengaran mengikut kaedah dan tahap yang telah ditetapkan.
Calon akan diuji dari aspek kekuatan fizikal melalui ujian mengangkat berat.
Calon perlu menjalani ujian menegakkan tangga bomba bagi menguji kekuatan, ketahanan dan kawalan fizikal.
Calon akan diuji melalui aktiviti memanjat tali bagi menilai kekuatan tangan dan daya tahan badan.
Calon perlu menjalani ujian menaiki tangga sebagai sebahagian daripada penilaian ketahanan fizikal.