Alat Kebolehcapaian

LOGO BOMBA

logo right

Isu JBPM Semasa PKP

Isu JBPM Semasa PKP

Tidak, kecuali dengan arahan kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Nota:

Bagi memastikan hasrat Kerajaan untuk menangani penularan wabak Covid-19 dapat dibendung di samping aktiviti perolehan tidak terjejas, pematuhan tatacara kewangan dan perolehan hendaklah mematuhi peraturan semasa yang berkuatkuasa. FAQ ini hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Kementerian Kewangan (MOF) rujukan MOF.BPK(S)600-14/2/5(2) bertarikh 9 April 2020 (Lampiran B).

 

Arahan ini adalah dikuatkuasakan dengan serta merta sehingga tempoh PKP tamat. Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, tarikh baru untuk mengemukakan tuntutan bulan April dan bulan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada Arahan Kerajaan Persekutuan.

Ya, pemeriksaan dijalankan seperti biasa mengikut SOP ketat yang disediakan.

Sekiranya terdapat sebarang Pegawai Bomba yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran oleh mana-mana Institusi Pengajian Tinggi, permohonan perlu diangkat ke Bahagian Latihan Ibu Pejabat JBPM mengikut prosedur kerja sedia ada. Permohonan tidak terkesan dengan tempoh PKP.

Ya, aktiviti penyiasatan kebakaran dilaksanakan seperti biasa. Walaubagaimanapun, aspek keselamatan diambil kira dalam mematuhi SOP dan arahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Ya, semua pesawat jabatan sentiasa diletakkan dalam keadaan siap sedia beroperasi 7 hari seminggu seperti biasa di Pangkalan Udara JBPM Subang, Bertam dan Pangkalan Operasi Udara Miri.

Ya. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan yang dibenarkan beroperasi seperti berikut :

 

  1. Projek di mana Kontraktor G1-G2 seperti kontraktor utama .
  2. Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas.
  3. Kerja-kerja penyelenggaraan.
  4. Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalan perjanjian kontrak.
  5. Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak.
  6. Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya.
  7. Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juruukur tanah, juruukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

Hanya perkhidmatan pelanggan yang melibatkan orang awam/syarikat di kaunter sahaja ditutup sehingga tamat tempoh PKP ini.

 

Lain-lain urusan seperti surat menyurat melalui pos, email, pertanyaan talipon kepada pegawai-pegawai yang terlibat dan talian talipon kaunter Bahagian masih diteruskan seperti biasa.

Bagi kategori aduan awam yang memerlukan pemeriksaan sesebuah premis yang diadukan, Jabatan tidak dapat melaksanakannya dalam tempoh PKP COVID-19. Pemeriksaan tersebut perlu ditunda sehingga tamat tempoh PKP.

 

Manakala aduan awam selain daripada itu (masalah pili bomba, ketidakpuashatian dalam memberikan perkhidmatan, panggilan tidak berjawab dan lain-lain) akan dilaksanakan seperti biasa tanpa melanggar arahan PKP.

CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Permohonan peminjaman hendaklah dilakukan selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh penggunaan.  Urusan peminjaman hendaklah dilakukan dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang

CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Sepanjang tempoh PKP, CPSM masih meneruskan perkhidmatan khususnya melibatkan perkara-perkara berikut:

 

Mengendalikan dan melaksana urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran yang memerlukan tindakan segera;

  1. Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi setiap pegawai dan anggota JBPM seperti elaun, pergerakan gaji, bayaran bantuan khas kewangan, urusan persaraan wajibdan sebagainya;
  2. Menguruskan permohonan cuti tanpa gaji/rekod, sara ubat, tuntutan perpindahan rumah dan luar stesen serta cuti sakit; dan
  3. Menyelaras dan mengemaskini status data perjawatan, penamatan perkhidmatan, rekod peribadi dan sebagainya dalam Sistem HRMIS.

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas boleh mengemukakan emel kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. Puan Nor Arfah binti Mohd Ishak - emel – This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  2. Puan Nur Athirah binti Ahmad Rahimee - emel – This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

YA DIBENARKAN. Bahagian Kejuruteraan JBPM merupakan salah satu Essential Department dalam JBPM dan terlibat bagi memastikan jentera bomba, jentera khas, kenderaan ringan dan berat serta peralatan kebombaan berinjin berada dalam keadaan baik dan kesiapsiaga yang tinggi.

 

Diantara tugas-tugas khas yang diarahkan semasa dalam PKP ini adalah:

  1. Bahagian Kejuruteraan kena memastikan supaya jentera bomba, jentera khas dan peralatan kebombaan berada dalam kesiapsiagaan untuk menangani apa jua bencana seperti kebakaran, kemalangan dan lain-lain.
  2. Bahagian Kejuruteraan JBPM juga terlibat secara langsung dalam menyediakan kakitangan dan pengangkutan logistic seperti Bas dan  Lori untuk mengangkut Person Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) CONVID-19 ke tempat-tempat kuarantin yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
  3. Bahagian Kejuruteraan terlibat dalam menyediakan jentera Water Tanker dan Alat Pengepaman Air bagi proses nyahcemah yang dilaksanakan oleh angota-angota bomba semasa CONVID-19.

Ya, Unit Integriti masih lagi melaksanakan aktiviti seperti biasa. Walau bagaimanapun penganjuran kursus, forum dan taklimat berkaitan integriti ditangguhkan sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Bagi perolehan yang telah diiklankan, sesi lawatan tapak dan taklimat kepada pembekal perlu ditangguhkan sehingga tamat PKP dan boleh dilaksanakan selepas tempoh PKP. Pembekal/ syarikat perlu dimaklumkan melalui laman web jabatan, notis, emel dan sebagainya.

PROSES TUNTUTAN DAN BAYARAN

Tuntutan Perjalanan bagi bulan Mac 2020 boleh dikemukakan kepada Bahagian Kewangan dan Perolehan (BKP), KPKT selewat-lewatnya pada 24 April 2020 (Jumaat).

 

Pegawai perlu mengemukakan salinan Arahan Dalaman KPKT bertarikh 30 Mac 2020 (Lampiran A) sebagai dokumen sokongan bagi justifikasi kelewatan selaras dengan AP100(a). Sekiranya tempoh PKP dilanjutkan, tarikh baru untuk mengemukakan tuntutan bulan April dan bulan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa tertakluk kepada Arahan Kerajaan Persekutuan.

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499