Alat Kebolehcapaian

LOGO BOMBA

logo right

Slogan

Slogan

"CEPAT DAN MESRA"

Sesuai dengan perkembangan semasa di negara kita, Kerajaan telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia dengan Slogan Nasional iaitu `1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ pada tahun 2008. Slogan ini secara ringkasnya boleh diterjemahkan sebagai memberi penekanan kepada agensi-agensi kerajaan supaya memperkasakan Sistem Penyampaian (Delivery System) secara keseluruhan dalam semua aspek pentadbiran organisasi Kerajaan sesuai dengan aspirasi
rakyat dan salah satu unsur yang diberi penekanan ialah `Speed’.
 
Seiring dengan hasrat tersebut, YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia setelah mengambilalih tampuk kepimpinan tertinggi Jabatan pada 1 November 2010 telah memperkenalkan slogan baru JBPM iaitu “Cepat dan Mesra” (action) atau dalam bahasa Inggeris “Fast and Friendly” dalam ucaptama beliau pada 4 November 2010, sempena Majlis Perjumpaan dengan Pegawai-Pegawai Kanan JBPM di Ibu Pejabat Bomba Malaysia, Putrajaya beriringan dengan slogan yang sedia ada iaitu `Sedia Menyelamat’ (Hasrat). Slogan ini adalah lebih sesuai dan tepat mengikut perkembangan semasa dalam konteks Dasar Global Negara ini

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499