

Alat Kebolehcapaian
Penstrukturan Unit Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah berdasarkan kepada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2013 – PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan tersebut adlaah untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Unit Integriti akan terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan Pegawai dalam jabatan ini menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih cemerlang.
Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini diharapkan akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan penubuhan Unit Integriti melalui surat rujukan JPA.BPO(S)253/2/5-3 Jld 60(65) bertarikh 30 Oktober 2013. Manakala Kementerian Kewangan melalui surat rujukan KK/BPB(19.00)/202/1/2-1JD.19s.k(6)(3) bth 14 November 2013 telah bersetuju untuk meluluskan perakuan penubuhan tersebut dengan Waran Perjawatan Bil.S 224 Tahun 2013 bertarikh 14 November 2013. Dengan ini Unit Disiplin telah dimansuhkan.
Unit Integriti
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Tingkat 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
No. Tel : 03 – 8892 7757 / 03 – 8892 7769
No. Faks : 03 – 8888 0829