Alat Kebolehcapaian

LOGO BOMBA

logo right

Persatuan Kebajikan JBPM

Persatuan Kebajikan JBPM

FASAL 1: NAMA

  1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Selepas ini disebut “Pertubuhan”.
  2. Takrif Nama: -
  3. Taraf Pertubuhan: Lain-lain

FASAL 2: TEMPAT URUSAN

  1. Alamat berdaftar dan tempat urusan Pertubuhan ialah:

    Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
    Lebuh Wawasan, Presint 7,
    62250 Putrajaya.

    Alamat untuk surat-menyurat adalah:

    Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
    Lebuh Wawasan, Presint 7,
    62250 Putrajaya,
    Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Alamat boleh ditetapkan di tempat lain atau tempat-tempat lain dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa.

  2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3: TUJUAN DAN MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan ini adalah untuk memberikan bantuan wang kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian, sakit dan bencana alam dalam kalangan mereka.

FASAL 4: KEAHLIAN

Ahli-ahli Pertubuhan ini terbuka kepada kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bermastautin di Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas serta tidak melebihi umur 60 tahun.

Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftarkan namanya, nama tanggungannya, umur dan alamat kepada Setiausaha.

Mesyuarat Jawatankuasa berkuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk menjadi ahli.

FASAL 5: PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

Pemecatan Ahli-ahli Jawatankuasa dan pemilihan penggantinya boleh dilakukan dalam Mesyuarat Agung Khas.

Mesyuarat Jawatankuasa boleh melantik pemangku bagi jawatan-jawatan yang kosong kerana Ahli-ahli Jawatankuasa berhenti atau meninggal dunia.

FASAL 6: SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran

6.1.1 Tiap-tiap ahli baharu hendaklah membayar wang pendaftaran sebanyak RM10.00 seorang untuk menjadi ahli.
6.1.2 Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran bulanan sebanyak RM2.00.
6.1.3 Sebanyak RM0.40 daripada yuran bulanan ahli hendaklah digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran. Akaun tersebut hendaklah diasingkan daripada kewangan tabung.
6.1.4 Ahli yang tidak membayar yuran bulanan selama tiga bulan berturut-turut atau tiga kali dalam setahun tanpa sebab yang munasabah akan dianggap telah berhenti menjadi ahli dan namanya akan dipotong daripada buku daftar ahli.
6.1.5 Ahli yang berhenti, diberhentikan atau berpindah daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan diberhentikan secara automatik daripada Pertubuhan ini.

6.2 Sumbangan Kewangan

6.2.1 Sumbangan kewangan daripada pihak luar, sama ada daripada individu atau persatuan, boleh diterima oleh tabung ini untuk dijadikan wang tabung.

FASAL 19: FAEDAH

  • Membantu ahli apabila berlaku kematian ke atas dirinya, isteri atau suaminya serta anak angkat yang berdaftar.
  • Membantu ahli yang ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkan kecederaan atau kecacatan anggota tubuh badan.
  • Membantu ahli yang mengalami kerugian dan kehilangan harta benda akibat kebakaran atau bencana alam seperti banjir dan ribut taufan.

Rujukan: Undang-Undang Pertubuhan – Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – Fasal 19.

FASAL 20: KAEDAH BANTUAN

Kematian

Jenis BantuanJumlah
Atas kematian ahli RM3,000.00
Atas kematian isteri atau suami ahli RM2,000.00
Atas kematian anak ahli yang mempunyai kelainan upaya (OKU) RM1,000.00

Kecacatan Anggota Tubuh Badan

Jenis BantuanJumlah
Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalangan atau sakit sehingga hilang saraan RM2,000.00
Atas kecacatan anggota tubuh badan akibat kemalangan tanpa kehilangan saraan RM600.00

Bencana Alam

Jenis BantuanJumlah
Atas kerugian dan kehilangan harta benda akibat kebakaran atau bencana alam seperti ribut taufan yang mengakibatkan kerugian RM5,000.00 dan ke atas RM1,000.00

Rujukan: Undang-Undang Pertubuhan – Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia – Fasal 20.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

PgB Norizan bin Saad
Telefon: 019-235 554
Pejabat: 03-8892 7600 sambungan 7939

MUAT TURUN

BilTajukMuat Turun
1 Perlembagaan Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia PDF
Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499