Pemohon yang ingin mendapatkan Sijil Perakuan Bahan (Baharu) hendaklah mengemukakan perkara-perkara asas seperti berikut:
- Surat permohonan rasmi syarikat.
- Borang permohonan (Borang BKK-PKK 1).
- Salinan surat lantikan pengedar (jika bukan pengeluar). Salinan surat lantikan sama ada dari dalam atau luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) tempatan.
- Salinan laporan ujian terkini. Mana-mana salinan laporan ujian sama ada dari dalam atau luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) tempatan.
- Salinan Sijil Kawalan Barangan SIRIM atau badan persijilan luar negara bagi produk kawalan. Kesahan sijil hendaklah disemak. Salinan sijil luar negara hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) tempatan.
- Profil syarikat yang merangkumi carta organisasi, aliran kerja (work flow), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan maklumat syarikat.
- Brosur dan dokumen sokongan.
- Sampel mini bahan atau sistem berserta label syarikat dan nama bahan.
Bagi permohonan suppression system (halon alternatif), pemohon hendaklah melengkapkan dokumen tambahan seperti berikut:
- Borang Khas (Halon Alternative).
- Laporan Ujian Ketoksikan (Toxicity Test Report). Salinan laporan hendaklah disahkan melalui Borang Akuan Berkanun (Am 80) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) tempatan.
Semasa pemohon mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Sijil Perakuan Bahan baharu atau bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah memulakan usaha untuk mendapatkan Sijil Kawalan Barangan SIRIM bagi tujuan pengeluaran Sijil Perakuan Bahan (pembaharuan). Hal ini kerana proses mendapatkan Sijil Kawalan Barangan SIRIM hendaklah dimulakan semasa proses permohonan pertama.
Senarai Pepasangan Keselamatan Kebakaran yang memerlukan Sijil Kawalan Barangan SIRIM adalah seperti berikut:
- Lampu Tanda KELUAR (KELUAR Sign)
- Lampu Kecemasan (Emergency Light)
- Pintu Rintangan Api (Fire Door)
- Gelendung Api (Fire Roller Shutter)
- Batu-bata (Bricks) – Clay, Cement Brick/Block
- Bahan-bahan Kelas ‘O’ (Class ‘O’) – Ceiling, Insulation Material
- Blok Konkrit Rongga (Hollow Concrete Block)
- Panel Penggera Kebakaran (Fire Alarm Panel)
- Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)
- Kabel Rintangan Api (Fire Resistant Cable)
- Pintu Pelantar Lif Tahan Api (Fire Rated Lift Landing Door)