Alat Kebolehcapaian

LOGO BOMBA

logo right

Perakuan Bomba

Perakuan bomba adalah suatu sijil yang dikeluarkan kepada premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan. Semua premis ditetapkan perlu mempunyai sijil perakuan bomba yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kategori premis ditetapkan adalah seperti jadual berikut:- 

 

JADUAL PREMIS DITETAPKAN.

BilPenggunaan PremisSaizTempat
1 Perpustakaan Lebih daripada 1,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai) Seluruh Malaysia
2 Hospital dan Rumah Rawatan
  1. 3 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi
  2. 5 tingkat dan lebih
Seluruh Malaysia
3 Hotel
  1. Reka bentuk laluan langkan terbuka
    1. 4 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 50 bilik
    2. 6 tingkat dan lebih
  2. Reka bentuk lain
    1. 21 bilik dan lebih
Seluruh Malaysia
4 Asrama dan Dormitori
  1. 4 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi
  2. 6 tingkat dan lebih
Seluruh Malaysia
5 Pejabat Ketinggian melebihi 30 meter atau 10,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai) Seluruh Malaysia
6 Kedai 2,001 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai) Seluruh Malaysia
7 Kilang
  1. Satu tingkat, 2,001 meter persegi dan lebih, yang terpasang sistem semburan automatik
  2. 2 tingkat di mana setiap lantai dibina sebagai ruang berasingan, pembinaan tunggal atau teres melebihi 1,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
  3. 3 tingkat dan lebih
  4. Kilang bertingkat pembangunan blok pendekatan langkan terbuka, 2 tingkat dan lebih, di mana setiap ruang melebihi 7,000 meter padu
  5. Struktur khas
    1. Kompleks kilang seperti kompleks kisar minyak sawit, kilang penapis minyak, kerja simen dan lain-lain
    2. Proses berbahaya
Seluruh Malaysia
8 Tempat Perhimpunan
  1. Bangunan tanpa sistem penyaman udara pusat, 2,000 meter persegi dan lebih
  2. Bangunan dengan sistem penyaman udara pusat melebihi 1,000 meter persegi atau dengan muatan 1,000 orang dan lebih
Seluruh Malaysia
9 Storan dan Am
  1. Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi 1,000 meter persegi
  2. Lebih daripada 7,000 meter padu
  3. 2 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 1,000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
Seluruh Malaysia

Bagi premis baru hendaklah membuat permohonan sebaik sahaja memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness – CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (Temporary Certificate of Fitness – TCF) atau Certificate of Completion and Compliance (CCC).

 

Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat JBPM Negeri atau Pejabat Zon Bomba di mana tempat terletak premis ditetapkan tersebut yang merupakan pejabat memproses apa-apa permohonan Perakuan Bomba.

 

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan Borang I dan menyediakan maklumat-maklumat berikut:-

  1. Salinan CCC atau CFO
  2. Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
  3. Surat pemilikan premis terkini
  4. Hak milik tanah
  5. Salinan cukai pintu
  6. Lesen perniagaan

Suatu tarikh akan ditentukan oleh JBPM kepada pemohon bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis ditetapkan. Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembayaran fi dibuat. Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama dua belas (12) bulan.

 

Semua premis ditetapkan hendaklah disambungkan secara elektrik atau melalui telefon ke Balai Bomba yang paling hampir dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian penggeraan dengan serta merta dan secara automatik dalam hal kecemasan.

Suatu Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap tahun.

 

Permohonan bagi pembaharuan Perakuan Bomba hendaklah menggunakan Borang III dan dibuat tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuan bomba itu. Fi bagi perakuan bomba pembaharuan adalah separuh daripada fi perakuan bomba yang pertama.

 

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan kurang daripada 30 hari daripada tarikh tamat tempoh boleh dikenakan penalti lewat sebanyak RM 100. Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan perakuan bomba iaitu dengan menggunakan Borang I dan pembayaran penuh sebagai permohonan yang pertama akan dikenakan.

Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499