Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia adalah salah satu jabatan yang terlibat dalam pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan. Surat sokongan lesen perniagaan JBPM adalah dokumen sokongan yang diperlukan oleh agensi-agensi pengeluar lesen sebelum sesuatu lesen perniagaan dikeluarkan.
Permohonan pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan JBPM boleh dibuat melalui agensi-agensi pengeluar lesen atau membawa surat iringan daripada agensi-agensi pengeluar lesen semasa membuat permohonan di Pejabat Zon JBPM. Borang Permohonan Sokongan Lesen Perniagaan boleh dimuat turun dan hendaklah diisi lengkap dengan lengkap sebelum membuat permohonan.
Seterusnya, apabila menerima permohonan, pihak JBPM akan melaksanakan pemeriksaan ke atas premis berkenaan. Pemeriksaan itu adalah bertujuan memastikan premis berkenaan tiada membuat pengubahsuaian dan memastikan tiada bahaya kebakaran. Surat sokongan ataupun tidak menyokong akan dikeluarkan berdasarkan hasil pemeriksaan tersebut. Pengeluaran surat sokongan lesen perniagaan adalah sekali sahaja dan tiada pembaharuan.
Berdasarkan kehendak semasa, terdapat beberapa kategori perniagaan yang di kecualikan dari sokongan lesen perniagaan JBPM seperti jadual di bawah:
Bil
Jenis-Jenis Premis dan Perniagaan yang Tidak Perlu Rujuk Kepada JBPM Bagi Sokongan Pelesenan
Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi
1
Lot-lot perniagaan yang beroperasi di premis-premis yang dikenal pasti sebagai premis ditetapkan dan Perakuan Bomba masih berkuat kuasa.
Semua jenis kategori kedai mengikut Jadual Kelima, UKBS 1984 yang beroperasi di tingkat aras tanah (tingkat bawah) dengan keluasan lantai keseluruhan tidak melebihi 750 meter persegi. Contohnya kedai runcit, kedai makan/minuman, bengkel kereta, kedai dobi, kedai aksesori, salun rambut, kedai alat tulis dan kantin sekolah.
Semua jenis kategori pejabat yang beroperasi dari tingkat aras tanah (tingkat bawah) hingga ke tingkat empat (4) bagi premis yang ketinggiannya tidak melebihi 12 meter dari aras tanah hingga ke lantai berpendudukan paling tinggi, dengan keluasan lantai keseluruhan tidak melebihi 1,000 meter persegi.
Premis restoran atau kedai sesebuah setingkat yang tidak melebihi 750 meter persegi.
Lain-lain kategori:
Papan Iklan / Billboard / Signboard
Perniagaan Sementara / Gerai Kecil / Mudah Alih
Pejabat Sementara (Kabin) seperti pejabat penjualan kenderaan terpakai dan nursery.
Premis telah memiliki Perakuan Bomba yang masih sah dikeluarkan oleh JBPM (bagi lot perniagaan yang beroperasi di premis ditetapkan).
Premis telah memiliki Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Tidak melakukan sebarang pindaan atau pengubahsuaian terhadap premis yang telah diluluskan berdasarkan pelan bangunan asal.
Bagi kategori lain, pemasangan atau pembinaan hendaklah tidak mengganggu atau menghalang pepasangan kelengkapan kebombaan seperti pili bomba, laluan akses jentera bomba dan lain-lain.
2
SURAT SOKONGAN PEMBAHARUAN LESEN CSA (PETROL, DIESEL, GAS PETROLEUM CECAIR DAN BAJA KIMIA) DIKECUALIKAN SEKIRANYA:
PEMERIKSAAN DAN SURAT SOKONGAN PELESENAN DIJALANKAN SEKIRANYA:
Tiada perubahan fizikal bangunan.
Tiada pertukaran kegunaan bangunan atau lokasi.
Tiada perubahan kuantiti simpanan CSA.
Disertakan surat sokongan jabatan yang terdahulu.
Pertukaran pemilik bangunan.
Pemegang lesen tidak pernah mempunyai atau gagal mengemukakan surat sokongan pelesenan terdahulu.
Terdapat perubahan dari segi kegunaan, lokasi, fizikal premis perniagaan atau stor, atau kuantiti simpanan CSA.
Perniagaan pernah mengalami kebakaran, letupan atau bencana yang melibatkan aspek keselamatan.
Premis mempunyai aduan daripada orang ramai berkaitan keselamatan kebakaran atau keselamatan.
3
KEPERLUAN ASPEK KESELAMATAN KEBAKARAN BAGI INDUSTRI SARANG BURUNG
Tidak perlu merujuk kepada JBPM bagi tujuan pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CFO), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau sokongan pelesenan.
Memadai membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mempertimbangkan kelulusan semasa Mesyuarat OSC.