Alat Kebolehcapaian

LOGO BOMBA

logo right

Majlis Bersama Jabatan

Majlis Bersama Jabatan

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
No. MBJ: 36390016

1. KEAHLIAN

1.1 Majlis Bersama Jabatan bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (selepas ini disebut sebagai “Majlis”) hendaklah mengandungi ahli, termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada:
  • Lima Belas (15) orang ahli yang dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pegawai”); dan
  • Dua Puluh Satu (21) orang ahli yang dipilih oleh Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bagi mewakili pekerja-pekerja yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pekerja”).

2. PIHAK PEGAWAI

2.1 Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti berikut:
Bil.JawatanPeranan
1 Ketua Pengarah Pengerusi
2 Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Ahli
3 Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Ahli
4 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Ahli
5 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Ahli
6 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Penyiasatan Kebakaran
Ahli
7 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan
Ahli
8 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Udara
Ahli
9 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Latihan
Ahli
10 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Ahli
11 Pengarah Pengurusan Ahli
12 Pengarah Kejuruteraan Jentera Ahli
13 Timbalan Pengarah Pengurusan (Kewangan) Ahli
14 Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
Setiausaha
15 Ketua Unit Kebajikan Pekerja
Bahagian Pengurusan Korporat
Penolong Setiausaha
2.2 Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh memegang jawatan di dalam Majlis.

3. PIHAK PEKERJA

3.1 Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja dalam Jabatan di mana Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan dan dicadangkan untuk dilantik oleh Kesatuan Sekerja atau pekerja-pekerja sendiri seperti di Lampiran “A”.
3.2 Ahli Pihak Pekerja tidak boleh mewakilkan kehadiran ke mesyuarat yang diadakan kepada pegawai lain.
3.3 Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah disediakan pada peringkat permulaan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Pekerja.
3.4 Kekosongan dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan yang melantik wakil tersebut dengan persetujuan Jawatankuasa Pihak Pekerja.
3.5 Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai tarikh pelantikan dan boleh terus memegang jawatan sehingga pengganti mereka dipilih dan dilantik.

4. PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

4.1 Pegawai-pegawai Majlis terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Ketua Pengarah merupakan Pengerusi Mesyuarat MBJ. Naib Pengerusi hendaklah dipilih daripada Pihak Pekerja.

Setiap pihak dalam Majlis hendaklah melantik seorang setiausaha daripada kalangan mereka untuk memegang jawatan Setiausaha Bersama.

5. TUJUAN

5.1 Tujuan Majlis adalah untuk memantapkan jentera perhubungan majikan-pekerja dalam sektor awam, khususnya di peringkat setempat, serta memperoleh kerjasama menyeluruh dalam Jabatan bagi perkara yang berkaitan dengan kelancaran kerja dan kebajikan pekerja.

Majlis juga menjadi saluran untuk menguruskan perkara berkaitan syarat-syarat bekerja dan mengumpulkan pandangan pekerja melalui wakil-wakil rasmi.

6. BIDANG DAN FUNGSI

6.1 Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu kepada perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya seperti berikut:
  1. Membincangkan dan memutuskan perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang berkaitan dengan pentadbiran, kecuali perkara berkaitan pekerja secara perseorangan.
  2. Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan tugas serta syarat pelaksanaan kerja mereka.
  3. Menggalakkan kakitangan memperoleh pengetahuan yang lebih luas mengenai pentadbiran melalui penyertaan dalam perbincangan.
  4. Menyediakan kemudahan bagi memperbaik perjalanan dan organisasi pejabat serta menerima cadangan dan syor daripada kakitangan.
  5. Membincangkan dan memutuskan isu-isu berkaitan imej Jabatan.

7. MESYUARAT-MESYUARAT

7.1 Mesyuarat biasa Majlis hendaklah diadakan setiap tiga (3) bulan, iaitu empat (4) kali setahun.
7.2 Kuorum mesyuarat Majlis hendaklah terdiri daripada:
  • 50% atau lapan (8) orang ahli Pihak Pegawai; dan
  • 50% atau sebelas (11) orang ahli Pihak Pekerja.
7.3 Jika Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat yang dijadualkan, ahli Pihak Pegawai yang terkanan boleh bertindak sebagai Pengerusi Ganti.

Naib Pengerusi MBJ, iaitu Pengerusi Pihak Pekerja, tidak boleh mempengerusikan mesyuarat MBJ dalam apa-apa keadaan sekalipun.

7.4 Agenda mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.

Perkara yang tidak termasuk dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi. Agenda asas mesyuarat adalah seperti Lampiran “B”.

7.5 Mesyuarat khas Majlis boleh diadakan atas permintaan Pengerusi atau Naib Pengerusi apabila diperlukan. Tarikh mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai Majlis. Perkara yang dibincangkan hendaklah terhad kepada perkara yang dinyatakan dalam notis panggilan mesyuarat.

8. KEPUTUSAN

8.1 Segala keputusan Majlis hendaklah dicapai melalui persetujuan kedua-dua pihak menerusi setiausaha masing-masing.
8.2 Keputusan yang tidak melibatkan Jabatan lain dan tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan boleh dilaksanakan terus oleh Jabatan.

Keputusan yang mempunyai kaitan dengan dasar Kerajaan atau Jabatan lain hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan yang berkaitan.

9. PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN

9.1 Perlembagaan Majlis boleh dipinda dalam mana-mana mesyuarat Majlis. Notis pindaan hendaklah diberikan dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh mesyuarat. Semua pindaan yang diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk kelulusan.

LAMPIRAN A: SENARAI KEAHLIAN PIHAK PEKERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN

Bil.JawatanPeranan
1 Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Naib Pengerusi
2 Naib Presiden Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Ahli
3 Bendahari Agung Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Ahli
4 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Perlis Ahli
5 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Kedah Ahli
6 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Pulau Pinang Ahli
7 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Perak Ahli
8 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Selangor Ahli
9 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ahli
10 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Sembilan Ahli
11 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Melaka Ahli
12 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Johor Ahli
13 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Pahang Ahli
14 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Terengganu Ahli
15 Setiausaha Kesatuan Cawangan JBPM Negeri Kelantan Ahli
16 Wakil MBJ JBPM Negeri Sabah Ahli
17 Wakil MBJ JBPM Negeri Sarawak Ahli
18 Wakil MBJ JBPM Labuan Ahli
19 Wakil MBJ JBPM Putrajaya Ahli
20 Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Setiausaha Bersama
21 Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia Penolong Setiausaha Bersama

LAMPIRAN B : AGENDA ASAS MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN

  1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
  2. Ucapan Naib Pengerusi Mesyuarat
  3. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Terdahulu
  4. Isu-isu Kebajikan Kakitangan
  5. Isu-isu Sistem Kerja
  6. Isu-isu Pentadbiran
  7. Isu-isu Imej Organisasi
  8. Penangguhan Mesyuarat oleh Pengerusi
Image

Vast numbers of employees now work remotely, and it’s too late to develop a set of remote-work policies if you didn’t already have one.

Image
Address

1791 Yorkshire Circle Kitty
Hawk, NC 279499