

Alat Kebolehcapaian

20 – 22 Januari 2026, Aktiviti Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan (UKTK) bagi kakitangan beruniform Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor telah dilaksanakan di perkarangan padang kawad BBP Bukit Jelutong.
UKTK merupakan satu ujian yang dilaksanakan setiap tahun bagi menilai kecekapan Pegawai Bomba dalam asas pemadaman dan penyelamatan. Ujian ini melibatkan 4 disiplin utama iaitu ujian membentang dan mengulung hose, menaiki tangga, menarik peralatan dan membimbit peralatan. Ujian UKTK ini diwajibkan kepada Gred KB4 ke bawah.


Video UKTK: