

Alat Kebolehcapaian

Bachok, Kelantan – Sukan Rakyat PERISMA Kebangsaan Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Telok Nipah, Bachok, Kelantan bermula 2 hingga 4 Januari 2026.
Penganjuran program berkonsepkan sukan tradisional dan rakyat ini berjaya menghimpunkan penyertaan kontinjen PERISMA dari seluruh negara, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan peserta. Pada penganjuran kali ini, PERISMA Negeri Selangor telah mencatat pencapaian cemerlang apabila dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Keseluruhan, hasil prestasi konsisten dan penglibatan aktif dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Selain kecemerlangan dalam acara sukan, PERISMA Selangor turut mencuri tumpuan apabila membuat persembahan dikir barat, sekali gus menyerlahkan elemen kebudayaan dan memeriahkan suasana program yang berlangsung. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dan memartabatkan sukan rakyat, malah turut menyemarakkan semangat perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan ahli PERISMA di peringkat kebangsaan.