

Alat Kebolehcapaian

KLANG, 25 Februari 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor hadir menyempurnakan Program Town Hall Siri.1 di Zon 3 bertempat di Engine Bay Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.
Turut hadir Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon 3 dan Ketua-ketua Balai serta Pegawai Kanan Zon 3 JBPM Negeri Selangor.
Program Town Hall juga turut melibatkan Pegawai Bomba dan kakitangan di 6 Buah Balai Bomba dan Penyelamat di bawah jagaan Zon 3.
Taklimat telah disampaikan oleh PgKB II Mohd Yunus bin Ibrahim, Ketua Zon 3.
Pengisian program diteruskan dengan sesi soal jawab dan dialog bagi membuka ruang kepada Pegawai dan Kakitangan Zon 3 bertanyakan soalan dan memberi ideal serta pandangan untuk diberi maklum balas dan pertimbangan oleh Pengarah dan Pihak Pengurusan Tertinggi JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir program town hall, Pengarah menandatangani buku lawatan dan bergambar bersama semua pegawai yang terlibat.



