

Alat Kebolehcapaian

Shah Alam, 4 Februari 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor adakan Program Libat Urus dan Kunjung Hormat ke atas Tuan Shahnaz bin Abd Salam, Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Selangor.
Sesi perjumpaan dan perbincangan pengurusan tatakelola kewangan dan juga sebagai rakan strategik jabatan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Selangor. Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan JBPM Negeri Selangor bersama 3 Pegawai Cawangan Kewangan JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir sesi kunjung hormat YS Dato’, Pengarah JBPM Negeri Selangor menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan bersama Pengarah dan pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Selangor yang terlibat.




