

Alat Kebolehcapaian

Shah Alam, 10 Julai 2026 – Bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Darul Ehsan telah diadakan Program Bicara Governans, Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tahun 2026.
Majlis dimulakan dengan pembentangan forum yang dikendalikan oleh Puan Hajah Nurhayati binti Nordin sebagai moderator dan 2 org panel terdiri daripada Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan Awam (PISPA) Tuan Mohd Rais bin Ramli dan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Gorvernans Nasional (SPRM).
Seramai hampir 250 orang pegawai dan kakitangan kerajaan dan sektor swasta telah hadir menyertai bicara ini secara bersemuka dan 200 peserta melalui Atas Talian bersama menjayakan program yang dilaksanakan.
JBPM Negeri Selangor telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi Program pada kali ini dan Majlis Perasmian Program Governans, Integriti dan Anti Rasuah (BiGIAR) tahun 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JBPM pada kali ini.
“Integriti Diperkasa, Governan Dijulang, Rasuah Ditolak.”