

Alat Kebolehcapaian

Setia Alam, 23 Jun 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj. Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Penyelarasan bagi pelaksanaan Seminar Hub Kemahiran Kebombaan yang dirancang untuk dilaksanakan pada 4 Ogos 2026 bertempat di Setia Alam Convention Centre.
Turut hadir Timbalan Pengarah, wakil Pegawai Kanan, JBPM Negeri Selangor dan Negeri Perak serta Ahli Jawatankuasa PERSKEB JBPM Negeri Selangor termasuk wakil daripada syarikat Vendor (FERA) yang berkolaborasi bersama JBPM dalam menjayakan seminar tersebut.