

Alat Kebolehcapaian

Bukit Jelutong, 21 Januari 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong telah mengadakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat dan Ikrar SKAI yang berlangsung di Dewan Cemerlang, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh PgKB I Ahmad Zaidi bin Safuan, Ketua Zon 1.
Majlis ini diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pegawai serta anggota yang dinaikkan pangkat, di samping memperkukuh komitmen dan integriti warga JBPM melalui lafaz ikrar Sistem Kawalan Akauntabiliti Integriti (SKAI).





