

Alat Kebolehcapaian

28 Oktober 2025, Bukit Jelutong – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor hadir menyempurnakan perasmian pelancaran program “ANDA HERO ASNAF” berlangsung di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor. Turut hadir majlis tersebut adalah Tuan Haji Mohd Khaidzir Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif bersama pengurusan dan pegawai serta kakitangan Lembaga Zakat Selangor.
Dalam majlis tersebut juga telah diadakan slot Tadabbur Surah At-Taubah ayat 60 & 103 disampaikan oleh Tuan Haji Fazrul bin Ismail, Pengerusi, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn. Bhd.
Pengarah JBPM Negeri Selangor turut menyampaikan ucapan perasmian dan menyepurnakan gimik dengan memotong riben pada bunting pelancaran seterusnya menerima sumbangan Zakat Wakalah Jabatan yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Khaidzir Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor.