

Alat Kebolehcapaian

𝟐𝟔 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔, 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 - Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor telah berlangsung penuh meriah di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.
Majlis Amanat Negeri Selangor 2025 telah menyaksikan Tayangan Video Imbasan Negeri Selangor Tahun 2025, Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Negeri Selangor dan MyDigital ID, Pelancaran Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pelancaran Hab metaSEL, Pelancaran Sistem Aplikasi Kita Selangor Penyayang (AKSES), Penyampaian Anugerah Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) serta Penyerahan Insentif Penghargaan kepada Jabatan dan Pejabat Pemungut Hasil bagi Prestasi Kutipan Hasil Tahun 2025 sebagai simbol komitmen berterusan ke arah tadbir urus negeri yang progresif dan berdaya saing.







