

Alat Kebolehcapaian

Pelabuhan Klang, 1 November 2025 – YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang sempena Hari Pengujian dan Pemeriksaan Operasi Banjir (MTL Log Day).
Lawatan ini bertujuan menilai tahap kesiapsiagaan aset, logistik, serta keupayaan anggota bomba dalam menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November 2025 hingga Mac 2026. Program ini turut memberi fokus kepada semakan peralatan menyelamat, jentera, bot, pam air serta kelengkapan perlindungan diri anggota bagi memastikan setiap aset berada dalam keadaan terbaik dan sedia digerakkan bila-bila masa diperlukan.
Turut hadir, YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor, bersama-sama Pegawai Kanan Bahagian Operasi JBPM, pegawai kanan negeri, Ketua Zon, Pegawai Zon serta wakil dari balai-balai berhampiran. Kehadiran Ketua Pengarah ini memberi semangat dan dorongan kepada semua anggota bagi memperkukuh kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir di negeri Selangor khususnya, serta di seluruh negara amnya.