

Alat Kebolehcapaian

Putra Heights, 11 Julai 2026 | YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor hadir program latih amal lapangan yang dianjurkan oleh Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling dengan kerjasama Petronas Gas Berhad.
Latih amal lapangan (FTX) tindak balas kecemasan insiden kebocoran saluran paip gas Petronas di kawasan Putra Heights, Subang Jaya ‘EX PUTRA’ ini melibatkan komuniti Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru.
Latihan ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan sekiranya menghadapi bencana kecemasan kebocoran / letupan saluran paip gas Petronas pada masa hadapan.
Kerjasama antara Agensi dan komuniti setempat dapat diperkukuhkan dan memastikan pengurusan bencana dilaksanakan dengan berkesan. Turut hadir ke lapangan menyaksikan latih amal ini adalah YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM, Timbalan Ketua Polis Selangor, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Zon 2 dan Pasukan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya yang terlibat di dalam latih amal tersebut.