

Alat Kebolehcapaian

PELABUHAN KLANG, 9 Julai 2026 – YS PKPjB Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah JBPM Negeri Selangor adakan Kunjung Hormat dan Libat Urus bersama Pengarah Kastam Selangor di Wisma Kastam, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Negeri Selangor sebagai rakan strategik jabatan.
Kunjung Hormat dan Libat Urus bagi membincangkan berkaitan Keselamatan Kebakaran yang perlu serta hal-hal berkaitan isu keselamatan dan perlindungan kebakaran termasuk prosedur dan perkara yang berkaitan serta berkolaborasi antara dua agensi.
Turut hadir bersama Pengarah adalah PgKB I Ashrul Riezal bin Asbar, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pegawai Aset JBPM Negeri Selangor.
Sebelum berakhir program kunjung hormat Pengarah berkesempatan menandatangani buku lawatan dan bergambar bersama Tuan Mohamad Azhar bin Ahmad Paharazi, Pengarah Kastam Selangor serta Pegawai yang terlibat. Pengarah juga turut menyampaikan cenderahati barangan kempen keselamatan kebakaran sebagai kenang-kenangan.