

Alat Kebolehcapaian

Bukit Jelutong, 6 November 2025 – YS PKPjB Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor menerima kunjung hormat Puan Norhailiza binti Amir Hamzah, Senior Manager (Operation Zone B), Bahagian Penyaluran Gas & Regasifikasi Petronas Gas Berhad ke JBPM Negeri Selangor.
Sesi Perjumpaan dan taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat Dahlia. Turut hadir wakil Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, wakil Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Ketua Zon dan Ketua Balai, BBP Jalan Penchala.
Sebelum berakhir sesi kunjungan hormat Puan Norhailiza binti Amir Hamzah, Senior Manager (Operation Zone B), Bahagian Penyaluran Gas & Regasifikasi Petronas Gas Berhad menandatangai buku lawatan dan bergambar kenangan.