

Alat Kebolehcapaian

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) & Penggunaan Sistem C4iFRDM sebagai langkah memperkemaskan pengurusan PBB, khususnya berkaitan keperluan semasa dalam urusan tuntutan serta pelaksanaan penggunaan sistem secara lebih teratur dan sistematik.
Bengkel ini melibatkan penyertaan Ketua Balai, penyelia serta Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bagi memberi pendedahan dan pembiasaan dalam penggunaan *Sistem C4iFRDM*, di samping memperkukuhkan pengurusan PBB di peringkat balai.
Sepanjang pelaksanaan bengkel, peserta telah mengikuti sesi penerangan serta latihan penggunaan Sistem C4iFRDM bagi memastikan kefahaman dan kebiasaan dalam mengaplikasikan sistem tersebut dengan lebih berkesan.
Pelaksanaan bengkel ini diharapkan dapat menyokong usaha penambahbaikan pengurusan PBB serta mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kebombaan.