

Alat Kebolehcapaian
WEDNESDAY– 27 APRIL 2022 Majlis Pelancaran Anti Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001:2016 yang telah disaksikan oleh PKPj Mohd Sharil Che Saad Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan Hj.Wahid . Turut serta adalah YS PPjB Abu Bakar bin Katain , Pengarah JBPM Negeri Melaka, PgKB I R Saiful Iswandy bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Zon, Ketua-ketua Balai, serta pegawai JBPM Negeri Melaka. Antara pengisian program adalah menandatangani dan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
29 Jun 2022 | 30 Zulkaedah 1443H
Bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah berlangsung Program Pengukuhan Jatidiri Keluarga Malaysia mySPRM Bersama JBPM Negeri Melaka. Seramai 150 orang peserta pelbagai jawatan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah terlibat di dalam program ini.Program lawatan berinformasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang fungsi dan peranan JBPM Negeri Melaka Sebagai salah sebuah organisasi keselamatan yang berteraskan bidang kebombaan dan penyelamatan di negara ini.
Program ini dimulakan dengan ucapan kata aluan dari YS PPjB Abu Bakar Bin Katain, Pengarah JBPM Negeri Melaka dan telah dipecahkan kepada beberapa slot iaitu Ceramah Keselamatan Kebakaran dan lawatan ke pameran / demonstrasi kebombaan. Peserta telah disajikan dengan pameran kebombaan dan unit khas JBPM iaitu Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Rapid Intervention Motorcycle (RIM). Peserta juga diberi peluang merasakan pengalaman sendiri memadam kebakaran dapur dan menaiki Aerial Ladder Platform (ALP) JBPM.Semoga program ini dapat memberi manfaat serta pengalaman yang berguna kepada peserta. Kerjasama ini diharap berkekalan dan dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua agensi. Bomba dan SPRM berpisah tiada.Terus bergerak maju demi kesejahteraan dan kemakmuran Rakyat Malaysia.
01-JUN 2022 Kunjungan Hormat Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Malaysia En. Ahmad Sabri Bin Mohamed dan Pengerusi Perhubungan ACeIO Negeri Melaka Pn. Zuriati Binti Arifin kepada YS PPjB Abu Bakar Bin Katain Pengarah JBPM Negeri Melaka. Turut hadir bersama PgKB I R Saiful Iswandy Bin R Hassan Timbalan Pengarah JBPM Negeri Melaka serta Penolong-Penolong Pengarah Bahagian JBPM Negeri Melaka.Sesi penerangan berkenaan fungsi dan peranan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Malaysia telah diadakan selain mengadakan kerjasama strategik di antara JBPM dan ACeIO.
5 Ogos 2022 l 7 Muharram 1444H Program ini dirasmikan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.Turut menyertai program ini adalah pegawai-pegawai kanan Jabatan dari Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan bersama agensi-agensi Jabatan Kerajaan di Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.
7 JUN 2023, RABU – Sesi Pengauditan Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) Tahun 2023 Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State telah berlangsung secara maya.
Turut terlibat sama pengurusan tertinggi Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State YS PPjB Abu Bakar bin Katain, Pengarah Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State serta PgKB I R. Saiful Iswandy bin R. Hassan, Timbalan Pengarah Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State. Terima kasih kepada team Aiga yang diketuai oleh PgB Mohd Suffian bin Alias dan semua yang memberi kerjasama. Semoga semua yang dirancang menjadi kenyataan dan Fire and Rescue Department of Malaysia, Melaka State memperolehi pencapaian yang diidamkan.