

Alat Kebolehcapaian
17.11.2025: YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir ke Unit Pengesan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur bagi menyempurnakan Majlis Sentuhan Kejayaan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketibaan beliau serta tetamu-tetamu kehormat yang lain diiringi dengan sesi berkenalan dengan pemegang-pemegang dan 16 ekor anjing-anjing pengesan baharu Unit Pengesan JBPM. Anjing-anjing ini terdiri daripada 10 ekor anjing disiplin Penyiasatan Kebakaran atau Fire Investigation dan 6 ekor anjing bagi disiplin Mencari dan Menyelamat Bencana Bandar atau Urban Disaster Search and Rescue (UDSAR).
Kesemua anjing pengesan baharu ini kini sedang menjalani latihan penyesuaian dengan pegawai pemegang, bermula pada 27 Oktober hingga 11 Disember 2025.