

Alat Kebolehcapaian
Satu sesi Lawatan Kerja Rasmi dan Kunjungan Hormat telah diadakan hari ini melibatkan YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertemu YBrs. Encik Ashwad bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).
Pertemuan yang berlangsung di Menara Angkasapuri, Kota Media ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara JBPM dan RTM, khususnya bagi memantapkan gerak kerja penganjuran Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba (SHAB) Tahun 2026 akan datang.
Semoga kolaborasi ini terus memperkukuh jalinan ukhuwah demi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.