

Alat Kebolehcapaian
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan 15,620 anggota serta 983 aset darat dan marin bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula sebelum pertengahan bulan ini hingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata persiapan menyeluruh telah dijalankan termasuk aspek logistik di balai terlibat, dengan 3,683 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di seluruh negara.
“Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat jumlah kawasan berisiko banjir tertinggi, iaitu Pahang sebanyak 760 kawasan, Kelantan 618 kawasan dan Terengganu 460 kawasan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bagi Hari Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir di Klang hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.
Berita penuh https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2486026
Amirul Azmi | BERNAMA